Kursus Asas Penternakan Lebah 1.0

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

21 Julai 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah bekerjasama dengan Honey Fera Enterprise dan Carambola Bee Farm mengadakan Kursus Asas Penternakan Lebah yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 21 Julai 2019. Seramai 4 orang peserta yang merupakan bakal pengusaha penternakan madu lebah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan dalam pengusahaan penternakan lebah madu bagi mengoptimumkan pengeluaran melalui kaedah yang efektif dan sistematik.

Antara pengisian aktiviti kursus adalah pengenalan kepada jenis-jenis lebah di Malaysia, pengurusan koloni dan haif, penjagaan koloni lebah dari luar dan dalam kotak, penyakit lebah dan cara-cara membaik-pulih koloni, teknik membesarkan koloni lebah, teknik, menghindari pemangsa-pemangsa lebah, taburan peneluran, bisa lebah sebagai ubat dan praktikal kursus (pemeriksaan haif).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali